Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Statistik Dalam Perhutanan sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh |
: | 19 - 21 November 2012 |
Tempat |
: | The Orient Star Resort, Lumut, Perak. |
Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai konsep statistik dan aplikasinya dalam bidang perhutanan. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai cara memungut, menganalisis data bagi sesuatu projek kajian atau penyelidikan.
Peserta kursus ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Gred 27 dan ke atas dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia.