soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Majlis Urusan Hutan dan Silvikultur (MAJURUS) Ke-44 yang bertujuan:

    • Menggubal dan mencadangkan Dasar dan Strategi dalam bidang Pengurusan Dan Silvikultur Hutan;
    • Menyelaras, memantau dan menilai serta mengemukakan cadangan bagi meningkatkan keberkesanan perlaksanaan sistem pengurusan hutan dan amalan silvikultur di Jabatan Perhutanan Negeri;
    • Menggubal dan mengemaskini sistem Pengurusan hutan dan amalan silvikultur untuk dilaksanakan olehJabatan Perhutanan Negeri;
    • Mengulangkaji cara pengurusan hutan dan amalan silvikultur dari beberapa aspek termasuk penyelidikan seperti yang disyorkan/diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Hutan Asli (JPPH) dan Jawatan Penyelaras Penyelidikan Perhutanan (JPPP) ke arah mencapai pengurusan hutan secara berkekalan ;
    • Mengemukakan syor-syor untuk pertimbangan dan persetujuan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri berhubung dengan garispanduan dan teknik-teknik baru untuk melicin dan mempertingkatkan lagi pelaksanaan aktiviti pengurusan dan silvikultur hutan.
Tarikh : 15 Ogos 2011 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong, Selangor
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Pengerusi  : Y.Bhg. Dato’ Dr Hj Abdul Rahman Bin Hj Abdul Rahim
    Timbalan Ketua Pengarah Perhutaanan (Dasar dan Perancangan)

 

 
 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 5018

Semalam 6608

Minggu Ini 24481

Bulan Ini 97522

Keseluruhan 7883044