soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Perpustakaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia merupakan pusat maklumat bagi kakitangan JPSM dan jabatan-jabatan perhutanan negeri. Di samping itu, ia juga menjadi rujukan di kalangan penyelidik, orang perseorangan dan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan maklumat.

Keahlian

Keahlian perpustakaan JPSM hanya dibuka kepada kakitangan sahaja. Walau bagaimanapun kepada penyelidik, orang perseorangan dan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin menggunakan perkhidmatan Perpustakaan JPSM  bagi mendapatkan maklumat adalah dikehendaki membawa dokumen yang menyokong permohonan seperti surat sokongan/surat pengesahan dan sebagainya.

Perkhidmatan

  • Rujukan
  • Pinjaman
  • Fotokopi
  • Internet
  • Jualan Buku Jabatan

Objektif

  • Untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna
  • Menjadi pusat rujukan mengenai pengurusan, pembangunan dan pemeliharaan sumber hutan.

Koleksi

  • Monograf
  • Kertas Seminar/Prosiding
  • Majalah
  • Jurnal
  • Buku Terbitan Jabatan
  • Kaset audio
  • Kaset video
  • CD ROM

Jualan Buku-Buku Jabatan

Perpustakaan JPSM menyediakan perkhidmatan jualan Buku-Buku Terbitan JPSM. Sila rujuk pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku tersebut:

Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Khamis

8.00 pagi hingga 4.45 ptg

1.00 ptg-2.00 ptg (Waktu Rehat)                           

Jumaat

8.00 pagi hingga 12.15 tgh

12.15 tgh-2.45 ptg (Waktu Rehat)

2.45 ptg hingga 4.45 ptg 

Sabtu, Ahad dan Cuti Am (Tutup)

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Perpustakaan JPSM di talian 03-26164488.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 5241

Semalam 7903

Minggu Ini 32607

Bulan Ini 105648

Keseluruhan 7891170