soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pembangunan Dan Pelaksanaan Kriteria Dan Petunjuk Pengurusan Hutan Di Semenanjung Malaysia

ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management
Dokumen ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992.

Usaha perumusan kriteria dan petunjuk sebagai standard pengukur untuk pengurusan hutan secara berkekalan telah mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992. Lanjutan daripada itu, satu dokumen yang dikenali sebagai Kriteria, Petunjuk, Aktiviti dan Spesifikasi Pengurusan untuk Pensijilan Pengurusan Hutan Di Semenanjung Malaysia telah dihasilkan.

Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – The Netherlands pada pertengahan tahun 1996. Hasil kajian projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:

  • Penerimapakaian Dutch Minimum Standards oleh pihak The Netherlands sebagai standard pengurusan hutan yang baik;
  • Penerimapakaian ITTO Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management of Natural Tropical Forests, 1998 di Malaysia; dan
  • Hasil sesi-sesi rundingan di peringkat wilayah dan kebangsaan pada tahun 1999 untuk merumuskan satu standard nasional bagi pensijilan pengurusan hutan.

Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia bertarikh 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti berikut:

Kriteria Indikator Aktiviti Prestasi standards
6 29 87 247

Standard MC&I (2001) yang dilaksanakan di lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah menerima beberapa kritikan khususnya daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan yang berpendapat bahawa Standard ini masih perlu diperlengkapkan lagi bagi memberi pertimbangan yang lebih munasabah dan menyeluruh kepada kehendak perlindungan alam sekitar, ekologi, sosial dan kepelbagaian biologi.

Mesyuarat Pembukaan Audit MC&I di Jabatan Perhutanan Negeri.
Mesyuarat Pembukaan Audit MC&I di Jabatan Perhutanan Negeri.

Menyedari hakikat ini, Malaysian Timber Certification Council (MTCC) telah bekerjasama dengan Forest Stewardship Council (FSC) pada tahun 1999 untuk membangunkan satu standard baru yang berdasarkan Prinsip dan Kriteria FSC. Di bawah kerjasama itu, Bengkel Pensijilan Hutan telah diadakan pada bulan Disember 2000, membolehkan pembentukan pelbagai pihak berkepentingan National Steering Committee (NSC) yang telah diberi mandat untuk membuat keputusan mengenai terma dan syarat-syarat untuk kerjasama MTCC-FSC serta untuk menyemak semula standard pengurusan hutan yang sedia ada supaya bersesuaian dengan keperluan FSC. Di samping itu, kajian kerjasama MTCC-FSC untuk membandingkan standard pengurusan hutan yang sedia ada dengan Prinsip dan Kriteria FSC (P&C) telah dijalankan oleh dua perunding bebas dan laporan akhir telah diserahkan kepada MTCC dan FSC pada September 2001.

Semakan di Balai Pemeriksaan Hutan
Semakan di Balai Pemeriksaan Hutan untuk mengenalpasti semua produk hutan yang dikeluarkan dari kawasan yang akan dijalankan pensijilan.

Deraf awal MC&I (2002) ini telah dikaji semula dan penambahbaikan telah dibuat dengan mengambilkira perbezaan tiga wilayah di Malaysia iaitu perbezaan ekonomi, alam sekitar dan keadaan sosial. Hasil daripada perundingan dan perbincangan secara bersama telah bersetuju menerimapakai dokumen bertajuk Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification [MC&I (2002)] sebagai Standard untuk penilaian dan Pensijilan Pengurusan Hutan pada tahun 2004. Secara ringkasnya, Prinsip, Kriteria dan Indikator dan juga Verifier di bawah standard MC&I (2002) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

Prinsip Indikator Aktiviti Verifiers
9 47 96 233

Dokumen MC&I(2002)
Dokumen MC&I(2002) sebagai standard untuk penilaian dan Pensijilan Pengurusan Hutan pada tahun 2004.

Selaras dengan amalan antarabangsa dan proses penetapan standard untuk pembangunan standard pensijilan yang diterima pakai di bawah MTCS, di mana ianya memerlukan supaya kajian semula dijalankan sekurang-kurangnya setiap lima (5) tahun sekali untuk memastikan penambahbaikan dibuat secara berterusan. Untuk tujuan ini, Standards Review Committee (SRC) yang merupakan forum pelbagai pihak berkepentingan yang ditugaskan untuk mengkaji semula MC&I (2002) serta untuk membangunkan standard yang disemak semula telah ditubuhkan. MTCC bertindak sebagai Sekretariat kepada SRC dan memainkan peranan bagi memudahkan pembentukan SRC itu.

Pemantauan
Pemantauan terhadap operasi pengurusan hutan untuk menilai impak terhadap ekologi dan alam sekitar.

Setelah dibuat perubahan dan penambahbaikan, Standard MC&I (Hutan Asli) dapat dirumuskan seperti berikut:

Prinsip Indikator Aktiviti Verifiers
9 47 97 307

Pemantauan
Pemantauan terhadap operasi pengurusan hutan untuk menilai impak terhadap ekologi dan alam sekitar.

Pemeriksaan
Pemeriksaan di lapangan untuk menilai pelaksanaan operasi hutan mengikut garis panduan.

Sehingga awal Februari 2012, lapan (8) FMU di Semenanjung Malaysia iaitu FMU Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu yang melibatkan sejumlah 4.58 juta hektar Hutan Simpanan Kekal telah berjaya dikekalkan dengan Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (2002) oleh Badan Pensijilan Bebas iaitu SIRIM QAS International Sdn Bhd dan SGS (Malaysia) Sdn Bhd. Bagi tahun 2012, kesemua lapan (8) FMU ini akan diaudit mengikut Standard MC&I (Hutan Asli) bermula pada 1 Julai 2012. Standard MC&I (Hutan Asli) akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Jun 2013. Pada tahun 2012 ini, Audit Pensijilan Semula / Pemantauan akan dijalankan pada tarikh seperti berikut:

Bil Negeri Tarikh Audit Pensijilan Semula / Pemantauan 
(Recertification / Surveillance Audit)
Badan Pensijilan
*Nota: Audit Pemantauan bagi FMU Kelantan
1 Kelantan * 20 – 23 Mei 2012 SIRIM QAS International Sdn Bhd
2 Johor 18 – 21 Jun 2012 SGS (M) Sdn Bhd
3 Negeri Sembilan 3 – 7 September 2012 SIRIM QAS International Sdn Bhd
4 Terengganu 10 – 13 September 2012 SGS (M) Sdn Bhd
5 Kedah 23 – 27 September 2012 SIRIM QAS International Sdn Bhd
6 Perak 8-11 Oktober & 
16-18 Oktober 2012
SIRIM QAS International Sdn Bhd
7 Pahang 15 – 19 Oktober 2012 SGS (M) Sdn Bhd
8 Selangor 5 – 7 November 2012 SGS (M) Sdn Bhd

Sungguhpun Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilaksanakan kini lebih menjurus untuk memenuhi tuntutan dan kehendak pasaran pengguna antarabangsa (International Consumer Demand) dan penyertaan JPSM dalam Pensijilan Hutan (Forest Certification) pula adalah secara sukarela, namun penyertaan JPSM dan semua Jabatan Perhutanan Negeri dalam konteks ini adalah bertujuan utuh untuk menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan peranan dan sumbangan sumber hutan negara, terutamanya kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan. Hasrat JPSM ini juga sekaligus turut menjadi tumpuan utama pencapaian Wawasan JPSM, iaitu “Untuk Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan”. Bagi tujuan ini, Misi JPSM adalah untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangnya kepada pembangunan sosio-ekonomi Negara.

Sijil MC&I

Johor Kedah Kelantan Terengganu
Negeri Sembilan Pahang Perak Selangor

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 4824

Semalam 8264

Minggu Ini 13088

Bulan Ini 182615

Keseluruhan 7703541