soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3
  • Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan.
  • Nasihat-nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh ianya diterima kecuali bagi perkara-perkara yang memerlukan kajian yang khusus.
  • Semua permohonan untuk mendapatkan penerbitan tidak terperingkat akan diedarkan dalam tempoh (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.
  • Permohonan untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat penerimaan permohonan.
  • Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di Sekolah Perhutanan, Kepong dan Pusat Latihan Membalak, Terengganu akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temuduga.
  • Semua laporan kemajuan projek pembangunan hutan akan dikemukakan kepada agensi pusat tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
  • Keputusan tawaran pelaksanaan projek pembangunan hutan akan dimaklumkan tidak lewat dari empat (4) bulan selepas tawaran dikeluarkan.
  • Tindakan untuk mengemukakan dokumen bagi bayaran kemajuan kontrak ke Perbendaharaan akan diambil dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima sekiranya semua syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.
  • Bon pelaksanaan kontrak akan dilepaskan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tempoh bon tersebut.
  • Semua aduan berhubung perkhidmatan perhutanan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 2898

Semalam 7505

Minggu Ini 19156

Bulan Ini 135885

Keseluruhan 7921407