soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

PENGENALAN KEPADA PUSPANITA

PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.

Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini. Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli.

Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya. Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.

OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN PUSPANITA

  1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;
  2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel,seminar dan kursus;
  3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;
  4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan;
  5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini;
  6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli; dan
  7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.

 

VISI DAN MISI

VISI

Ke arah PUSPANITA cemerlang

MOTO

Wanita sepakat negara meningkat

MISI

Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat

AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA JPSM (2022-2023)

PUSPANITA2022-2023

LOGO PUSPANITA

logo puspanita PENERANGAN LOGO : Bulan Dan Bintang

Melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga. Buku

Melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan. Bunga Padi

Melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita yang berbilang kaum di dalam Perkhidmatan Awam. Bunga Raya

Melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi pembangunan negara. P & Pa

Melambangkan kewanitaan. Warna Emas

Melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan. Warna Ungu

Melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli. TAFSIRAN NAMA PUSPANITA Suri

Bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Anggota Wanita

Bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Perkhidmatan Awam

Bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.

LAGU DAN LIRIK

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu Sudah rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA JPSM 2022-2023

Bil Nama Jawatan
1. Datin Norhashimah binti Haji Sha'ari     Pengerusi
2. Datin Dr. Siti Arbaiyah binti Mun Sarikh Timbalan Pengerusi I PUSPANITA JPSM
3. To’ Puan Azila binti Mohd Hassan Timbalan Pengerusi II PUSPANITA JPSM
4. Datin Siti Hajal binti Ahmad Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM
5. Datin Nor Izwaniza binti Mat Noor Biro Isteri Pegawai & Kakitangan JPSM
6. Nurul Huda binti Jamaluddin Setiausaha
7. Nurul Fazleeayu Fazeela binti Ab Kadir Pen. Setiausaha I
8. Nurul Shasheila binti Abdul Mutalib Pen. Setiausaha II
9. Najihah binti Aderis@Idris Bendahari
10. Norashikin binti Abdul Rashid Pen. Bendahari
11. Lydia Suzieana binti Mohammad Pemeriksa Kira-kira I
12. Diyana binti Kasim Pemeriksa Kira-kira II
13. Nabilah Hamidah binti Sabar @ Saba Pemegang Amanah
14. Khairunnisa binti M.Mamat Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan
15. Iqtie Qamar Laila binti Mohd Gani Pen. Ketua Biro Kepenggunaan & Perundangan
16. Noorshathiroh binti Saidin Ketua Biro Alam Bina Lestari
17. Siti Aishah binti Abdul Wahab Pen. Ketua Biro Alam Bina Lestari
18. Siti Raihana binti Ramli Ketua Biro Kesihatan
19. Suhana binti Bidin@Zainal Abidin Pen. Ketua Biro Kesihatan
20. Fazihana binti Wahid Ketua Biro Sukan
21. Nurul Amelina binti Jamil Pen. Ketua Biro Sukan
22. Erni Marlina binti Mohamed Roslan Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan
23. Noriswani binti Za’aldin Pen. Ketua Biro ICT, Seranta & Penerbitan
24 Sarimah binti Asat Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup
25 Rosbaidah binti Desa Pen. Ketua Biro Kebajikan, Agama & Ahli Seumur Hidup
26 Normusuhaili binti Mohamed Ketua Biro Keusahawanan
27 Norhaishah binti Ya'akob Pen. Ketua Biro Keusahawanan
28. Nor Hidayu binti Abd Razak Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga
29. Alisah binti Simin Pen. Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga
30. Jennifer Anak Francis Ketua Biro Sosial
31. Nur Damia Aishah binti Suardi Pen. Ketua Biro Sosial
32. Norhafiza binti Sarif Wakil Direktorat
33. Erma Farahin binti Roslan Wakil Bahagian Khidmat Pengurusan
34. Siti Sarah binti Samsudin Wakil Bahagian Pengurusan Hutan
35. Azura binti Marzuki Wakil Bahagian Perancangan & Ekonomi Hutan
36. Noraini binti Ahmad Wakil Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan
37. Zuraida binti Zakaria Wakil Bahagian Forest Eco-Park & Taman Negeri
38. Norliah binti Abu Samah Wakil Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
39. Wan Rohafza binti Ahmad Wakil Unit Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam
40. Zurina binti Jusoh Wakil Bahagian Hal Ehwal Perhutanan Antarabangsa
41. Noraini binti Abu Bakar Wakil Bahagian Latihan Perhutanan
42. Zurina binti Jusoh Wakil Bahagian Teknikal & Industri Kayu
43. Noor Idawati binti Abu Bakar Wakil Bahagian Kejuruteraan Hutan
44. Kosong Wakil Bahagian Penguatkuasaan Hutan
45. Nur Saheera binti Mohammad Ishak Wakil Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan
46. Sarah binti Suraji Wakil Bahagian Pengurusan Maklumat
47. Siti Nurhafizah binti Abd Rahman Wakil Unit Integriti Perhutanan

KEAHLIAN DAN SKUAD PENGGUNA PUSPANITA

kad keahlian   kad keahlian2

1. Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 adalah percuma dan bayaran hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja bagi penyediaan kad keahlian. 2. Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam. 3. Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma 4. Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak RM 10.00. 5. Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat.

6. Ahli Seumur Hidup akan diberi diskaun atas sewaan dewan dan penginapan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose dan PUSPANITAPURI, Putrajaya tertakluk kepada kekosongan .

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 6365

Semalam 14020

Minggu Ini 44787

Bulan Ini 161516

Keseluruhan 7947038