Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dan Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan telah mengadakan Makmal Membincangkan Aktiviti Pemulihan Hutan Yang Dilaksanakan Oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada 9 - 10 Oktober 2012 di Pusat Edu-Ecotourism Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Makmal ini bertujuan untuk membincangkan status pelaksanaan aktiviti tanaman pokok di kawasan miskin dan kawasan lapang serta kapasiti tapak semaian dalam menghasilkan bahan tanaman oleh Jabatan Perhutanan Negeri.