Tumbuhan Ubatan

Biodiversiti

Hutan Lipur & Taman Negeri

Awam

Warga Perhutanan

W3C
Untitled Document
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5

Agensi NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

frim baru Institut Tanah dan Ukur Malaysia Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Jabatan Mineral dan geosains Malaysia Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Jabatan Biokeselamatan

Pautan Lain

mangrove mygov eKL
integriti MSC img_rel_tm
irimlogo01 spr_icon MAMPU
tmf

Bilangan Pelawat

571568
Hari iniHari ini1159
SemalamSemalam1015
Minggu IniMinggu Ini1159
Bulan iniBulan ini27174
KeseluruhanKeseluruhan571568
Sejak Julai 2010
Pensijilan Pengurusan Hutan PDF Print E-mail

PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN KRITERIA DAN PETUNJUK PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

 

Usaha perumusan kriteria dan petunjuk sebagai standard pengukur untuk pengurusan hutan secara berkekalan telah mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992. Lanjutan daripada itu, satu dokumen yang dihasilkan dikenali sebagai Kriteria, Petunjuk, Aktiviti dan Spesifikasi Pengurusan untuk Pensijilan Pengurusan Hutan Di Semenanjung Malaysia. Standard ini telah diujikaji melalui satu projek perintis kerjasama Malaysia-The Netherlands pada pertengahan tahun 1996.

 

Hasil ujikaji projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:

  • Penerimapakaian Dutch Minimum Standards oleh pihak The Netherlands sebagai standard pengurusan hutan yang baik;
  • Penerimapakaian ITTO Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management of Natural Tropical Forests, 1998 di Malaysia; dan
  • Hasil sesi-sesi rundingan di peringkat wilayah dan kebangsaan pada tahun 1999 untuk merumuskan satu standard nasional bagi pensijilan pengurusan hutan.

Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia pada 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti di bawah:

 

Kriteria

Indikator

Aktiviti

Prestasi standards

6

29

87

247

 

Standard MC&I (2001) yang dilaksanakan ini menerima beberapa kritikan khususnya daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan yang berpendapat bahawa Standard ini masih perlu diperlengkapkan lagi bagi memberi pertimbangan yang lebih munasabah dan menyeluruh kepada kehendak perlindungan alam sekitar, ekologi, sosial dan kepelbagaian biologi.

Deraf awal MC&I (2002) ini telah dikaji semula dan penambahbaikan  dengan mengambilkira perbezaan tiga wilayah di Malaysia iaitu perbezaan ekonomi, alam sekitar dan keadaan sosial.  Hasil daripada perundingan dan perbincangan secara bersama telah bersetuju menerimapakai dokumen bertajuk Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification [MC&I (2002)] sebagai Standard terkini untuk penilaian dan pensijilan pengurusan hutan. Secara ringkasnya, prinsipal, kriteria dan indikator dan juga verifier di bawah standard MC&I(2002) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

 

Prinsipal

Kriteria

Indikator

Verifiers

9

47

96

223

 

Sehingga kini, lapan negeri di Semenanjung Malaysia iaitu FMU Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perak, Pahang, Selangor dan Kelantan yang melibatkan sejumlah 4,588,821 juta hektar Hutan Simpanan Kekal telah berjaya dianugerahkan Sijil Pengurusan Hutan oleh Badan Pensijilan Bebas.


Sijil MC&I

 

sijil mci contoh negeri johor

negeri kedah2 negeri kelantan negeri negeri sembilan2
negeri pahang 2 negeri perak2 negeri selangor 2 negeri terengganu 2

 

Kali terakhir dikemaskini Rabu, 18 Mei 2011 11:29