Tumbuhan Ubatan

Biodiversiti

Hutan Lipur & Taman Negeri

Awam

Warga Perhutanan

W3C
Untitled Document
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5

Agensi NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

frim baru Institut Tanah dan Ukur Malaysia Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Jabatan Mineral dan geosains Malaysia Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Jabatan Biokeselamatan

Pautan Lain

mangrove mygov eKL
integriti MSC img_rel_tm
irimlogo01 spr_icon MAMPU
tmf

Bilangan Pelawat

571565
Hari iniHari ini1156
SemalamSemalam1015
Minggu IniMinggu Ini1156
Bulan iniBulan ini27171
KeseluruhanKeseluruhan571565
Sejak Julai 2010
Penemuan-penemuan Signifikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan PDF Print E-mail

Kedudukan Malaysia di kawasan tropika lembab telah menjadikan landskap negara ini berwarna-warni dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Landskap ini yang juga dikenali umum sebagai Hutan Hujan Tropika yang berevolusi sejak berjuta-juta tahun dahulu merupakan sebuah gedung-mega simpanan kepelbagaian biologi flora dan fauna dari sekecil-kecil organism mikroskopik dan bakteria hinggalah kepada spesies-spesies besar seperti mamalia, ikan dan burung. Rekod menunjukkan bahawa gedung-mega ini menjadi tempat perlindungan kepada lebih kurang 17,631 spesies tumbuhan yang merangkumi 377 Alga, 1,387 Briofit, 1,600 Paku-pakis dan sekutunya, 61 Gimnospirm, 4,180 Monokot dan 10,026 Dikot serta juga 9,563 spesies fauna yang meliputi 480 Mamalia, 742 Burung, 242 Amfibia, 567 Reptilia, 590 Ikan air tawar, 1,967 Kupu-kupu dan1,073 Kumbang daun.

 

Kepelbagaian dan kekayaan biologi ini telah menarik perhatian masyarakat dunia dan Negara kita telah diiktiraf sebagai antara satu daripada 12 buah negara " megakepelbagaian biologi" di dunia. Namun begitu, sebahagian besar daripada kepelbagaian biologi Negara yang masih tersorot di setiap pelusuk gedung-mega ini belum diketahui umum. Kepelbagaian biologi ini perlu terus diterokai, dikaji dan diselidik secara saintifik bagi membolehkan maklumatnya dikumpul dan didokumentasikan sebagai rujukan ilmiah atau teknikal oleh masyarakat umum. Kekurangan data berkaitan kepelbagaian biologi yang ada menghalang usaha-usaha untuk memelihara, membangun dan menggunakan sumber kepelbagaian biologi Negara dengan lebih baik. Pembukaan berterusan kawasan-kawasan semulajadi untuk pembangunan Negara meninggalkan kemusnahan habitat dan secara langsungnya menyebabkan kehilangan kepelbagaian biologi sebelum sebahagian besar daripadanya dapat didokumenkan.

 

Dalam usaha untuk mengumpul maklumat-maklumat kepelbagaian biologi daripada kawasan-kawasan semulajadi Negara kita, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan siri-siri Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan ke kawasan-kawasan berhutan terutamanya kawasan hutan simpanan kekal. Penganjuran ekspedisi ini melibatkan pelbagai disiplin yang merentas sempadan (cross sectoral) seperti aspek fizikal ekosistem hutan, kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi, arkeologi dan sosio-ekonomi. Ekspedisi-ekspedisi yang dianjurkan disertai oleh para saintis, pakar-pakar penyelidik dan pengkaji daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi awam, badan-badan bukan Kerajaan serta juga individu yang mempunyai minat khusus terhadap pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi.

 

Di samping pegawai dan kakitangan JPSM, agensi-agensi yang sering terlibat secara aktif dalam setiap ekspedisi adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, KUSTEM, Universiti Utara Malaysia, World Wide Fund for Nature (WWF), Malaysian Nature Society (MNS), SIRIM, FRIM, IMR, Taman Botani Putrajaya dan PERHILITAN. Sehingga kini, sebanyak 23 siri ekspedisi telah dianjurkan di seluruh pelusuk Negara meliputi pelbagai ekosistem hutan daripada hutan paya laut (bakau), hutan paya gambut, hutan tanah pamah hinggalah ke hutan pergunungan. Melalui ekspedisi-ekspedisi yang dilaksanakan, pelbagai penemuan yang signifikan termasuk spesies baru flora dan fauna telah direkodkan. Sebahagian daripada hasil penemuan signifikan daripada ekspedisi-ekspedisi saintifik ini telah dibukukan dalam siri-siri prosiding yang diterbitkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 13 siri prosiding telah dikeluarkan iaitu:

 

i. Siri 1 Kepelbagaian Biologi Hutan: Taman Negeri Endau - Rompin, Pahang. Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Biologi

ii. Siri 2 Kepelbagaian Biologi Hutan: Gunung Nuang, Selangor. Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi

iii. Siri 3 Kepelbagaian Biologi Hutan: Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Biologi

iv. Siri 4 Kepelbagaian Biologi Hutan: Sustainable Management of Matang Mangroves: 100 Years and Beyond

  1. Siri 5 Kepelbagaian Biologi Hutan: Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan Persekitaran Fizikal, Bioloigi dan Sosioekonomi

vi. Siri 6 Kepelbagaian Biologi Hutan: Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi

  1. Siri 7 Kepelbagaian Biologi Hutan: Hutan Simpan Mandi Angin, Terengganu Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi

viii.Siri 8 Kepelbagaian Biologi Hutan: Taman Rimba Kenong, Pahang. Pengurusan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi

ix. Siri 9 Kepelbagaian Biologi Hutan: Bukit Belata, Selangor. Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosioekonomi.

x. Siri 10 Kepelbagaian Biologi Hutan: Rimba Bukit Bauk, Terengganu. Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.

xi. Siri 11 Kepelbagaian Biologi Hutan: Hutan Simpan Panti, Johor. Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.

xii. Siri 12 Kepelbagaian Biologi Hutan: Hutan Simpan Bintang Hijau, Perak. Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.

xiii. Siri 13 Kepelbagaian Biologi Hutan: Hutan Simpan Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi.

 

Ekspedisi-ekspedisi yang dianjurkan ini secara langsung membantu usaha-usaha mengumpul sebahagian daripada maklumat-maklumat dan data berkaitan kepelbagaian biologi yang terdapat dalam gedung-mega hutan hujan tropika Negara kita selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Negara yang digarapkan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Seiringan dengan ini, Jabatan Perhutanan Semanjung Malaysia adalah komited untuk meneruskan penganjuran ekspedisi-ekspedisi saintifik ini merangkumi lebih banyak ekosistem dan habitat semulajadi.

 

Kali terakhir dikemaskini Selasa, 05 April 2011 10:42