Awam

Warga Perhutanan

W3C
Untitled Document
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5

Agensi NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

frim baru Institut Tanah dan Ukur Malaysia Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Jabatan Mineral dan geosains Malaysia Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Jabatan Biokeselamatan

Inisiatif Kerajaan

mycoid

myid

mybayar

mysms

Pautan Lain

mangrove mygov eKL
integriti MSC img_rel_tm
irimlogo01 spr_icon MAMPU
tmf
Perutusan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia PDF Print E-mail

dato drarar

 

KATA-KATA ALUAN
YBHG. DATO’ DR. HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. ABD. RAHIM
KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

 

Assalamualaikum WBT;
Salam Sejahtera;
Salam 1 Malaysia, Salam 1 NRE dan Salam 1 JPSM.

 

Selamat Datang” kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM). Laman ini mula dibangunkan pada tahun 1996 dengan tujuan sebagai wadah utama elektronik JPSM untuk mendekati pelanggan-pelanggan kami. Laman ini juga telah melalui berbagai penambahbaikan sejak ianya dibangunkan sehingga ianya menerima pengikhtirafan “Status 5 Bintang” pada 29 September 2011 daripada MAMPU. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga mencapai pengiktirafan ke atas laman web ini.

 

Selaku Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baru dilantik mulai 16 Oktober 2011, saya amatlah bersukacita untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala sokongan dan kerjasama yang berterusan semua pelanggan kami kepada pelaksanaan pelbagai program JPSM. Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan juga ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang telah bersara wajib pada 16 Oktober 2011.

 

JPSM sebagai sebuah Agensi Kerajaan yang diberikan tanggungjawab penuh mentadbir, mengurus dan membangunkan khazanah hutan di Semenanjung Malaysia, sehingga kini JPSM sudah mencapai umur 110 tahun. Agensi ini didokong oleh satu organisasi warga kerja yang dinamik untuk memastikan JPSM terus maju kehadapan seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP–Government Transformation Programme). Dalam hubungan ini, JPSM akan terus melipatgandakan pelaksanaan berbagai strategi untuk merealisasikan Wawasan JPSM – “Untuk Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan” serta memastikan sektor perhutanan terus relevan dan menyumbangkan peranan dan sumbangan penting kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Warga kerja perhutanan di semua lapisan dari serendah-rendah jawatan di lapangan sehinggalah setinggi-tinggi jawatan di peringkat pengurusan atasan JPSM, justeru itu mempunyai peranan yang amat penting secara kolektif di mana secara berpasukan tidak seorang pun akan terkecuali untuk merealisasikan hasrat murni JPSM ini. Dalam konteks ini, saya menyeru semua warga kerja perhutanan JPSM supaya terus mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang dengan mengikiskan sikap negatif, sentiasa bersikap positf dan memberikan perkhidmatan yang terbaik secara berterusan (istiqamah). Saya amat berkeyakinan bahawa “Kita Boleh dan JPSM Boleh”.

Laman Web Rasmi JPSM ini merupakan salah satu media komunikasi penting JPSM bagi menzahirkan komitmen tinggi masa kini organisasi ini untuk terus berdamping serta mendekati semua pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar semua pelanggan-pelanggan kami sentiasa menggunakan kemudahan komunikasi ini dan sering mengunjunginya untuk mengetahui perkembangan terkini di JPSM.

 

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum WBT.

 

(DATO’ DR. HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. ABD. RAHIM)
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Kali terakhir dikemaskini Rabu, 18 Januari 2012 12:38