Tumbuhan Ubatan

Biodiversiti

Hutan Lipur & Taman Negeri

Awam

Warga Perhutanan

W3C
Untitled Document
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5

Agensi NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

frim baru Institut Tanah dan Ukur Malaysia Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Jabatan Mineral dan geosains Malaysia Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Jabatan Biokeselamatan

Pautan Lain

mangrove mygov eKL
integriti MSC img_rel_tm
irimlogo01 spr_icon MAMPU
tmf

Bilangan Pelawat

571553
Hari iniHari ini1144
SemalamSemalam1015
Minggu IniMinggu Ini1144
Bulan iniBulan ini27159
KeseluruhanKeseluruhan571553
Sejak Julai 2010
Proses Kerja Pengeluaran Lesen (pengeluaran hasil) PDF Print E-mail

Proses Kerja Pengeluaran Lesen Mengeluarkan Kayu Balak Dari Hutan Simpanan Kekal (Lesen Borang 1, Akta Perhutanan Negara 1984)


Langkah
Proses Kerja
1

Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari bakal Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah :-

(a)Deposit Lesen

(b)Premium

(c)Bayaran Penyediaan Sempadan

(d)Lain-lain bayaran (berbeza diantara negeri)

2

Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen Borang 1.

3
Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan lesen , menanda blok tebangan, serta menyediakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan.
4
Renjer Hutan mengemukakan sijil kepada Pegawai Hutan Daerah.
5
Pegawai Hutan Daerah menyemak sijil.
6
Jika pembetulan perlu dibuat ianya dibuat.
7
Jika sijil tidak perlu pindaan, Pegawai Hutan Daerah mengedarkan format Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) kepada bakal Pemegang Lesen untuk disediakan.
7a
Pegawai Hutan Daerah juga membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh bakal Pemegang Lesen untuk menyediakan sebahagian dari RMH.
8
Pegawai Hutan Daerah juga mula menyediakan dokumen lesen
9a & 9b
Pegawai Hutan Daerah menentukan kelarian Jalan Utama dan Jalan Sekunder serta tapak Matau Utama dan Kongsi.
10
Renjer Hutan menentukan samaada terdapat pokok yang perlu ditebang dalam menyediakan jalan dan tapak matau dan kongsi.
11
Jika terdapat pokok-pokok yang perlu ditebang, pihak Renjer Hutan mula menjalankan penandaan pokok jalan, matau dan kongsi serta menjalankan taksiran pampasan yang perlu dikenakan.
12
Pegawai Hutan Daerah menerima RMH dari bakal Pemegang Lesen.
13
Pegawai Hutan Daerah menyemak RMH.
14
Jika pindaan perlu dibuat kepada RMH ianya dilaksanakan.
15
Jika RMH lengkap , Pegawai Hutan Daerah memberi ulasan serta pandangan dan menandatangani RMH.
16
Dokumen lesen yang telah disediakan oleh Pegawai Hutan Daerah ditandatangani bersama-sama Pemegang Lesen, Kontraktor dan Kepala Hutan.
17
Renjer hutan mengemukakan laporan serta taksiran pampasan bagi jalan, tapak matau dan kongsi kepada Pegawai Hutan Daerah.
18
Pegawai Hutan Daerah mengarah Pemegang Lesen membuat bayaran yang telah ditetapkan.
19
Pegawai Hutan Daerah menerima bayaran dari Pemegang Lesen.
20
Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen Permit Jalan dan dokumen Permit Penggunaan untuk tapak matau dan kongsi.
21
Pegawai Hutan Daerah menandatangani Permit Jalan
22
Pegawai Hutan Daerah dan Pemegang Lesen menandatangani Permit Penggunaan untuk tapak Matau dan Kongsi. Kebiasaannya ianya dilakukan bersama dengan proses kerja 16.
23
Pegawai Hutan Daerah mengemukakan RMH, dokumen lesen, Permit Jalan, dan Permit Penggunaan kepada Pengarah Perhutanan Negeri.
24
Pengarah Perhutanan Negeri menerima serta menyemak RMH, dokumen lessen, Permit Jalan serta Pemit Penggunaan.
25
Jika perlu pinda, pindaan dibuat.
26
Jika tidak, Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar serta menandatangani dokumen-dokumen tersebut.
27
Pengarah Perhutanan Negeri mengemukakan salinan-lasinan dokumen-dokumen yang dimaksudkan kepada Pegawai Hutan Daerah untuk diedarkan kepada Pemegang lesen serta pihak-pihak yang berkenaan.

 

Proses Kerja Pengeluaran Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan (Balak dan Lain-lain Hasil Hutan Utama) Dari Tanah Kerajaan (Lesen Borang 1 Akta Perhutanan Negara 1984)

 

Langkah
Proses Kerja
1

Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah :-

(a)Deposit Lesen

(b)Premium

(c)Bayaran Penyediaan Sempadan

(d)Lain-lain bayaran (berbeza diantara negeri)

2

Setelah bayaran diterima Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen.

3
Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan berkenaan untuk membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan kawasan lesen dan menyediakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan.
4
Renjer Hutan mengemukakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan kepada Pegawai Hutan Daerah.
5
Pegawai Hutan Daerah membuat semakan keatas sijil yang dikemukakan.
6
Jika perlu pembetulan, pembetulan dibuat.
7
Jika pembetulan tidak diperlukan, Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen lesen.
8
Lesen ditandatangani oleh Pegawai Hutan Daerah, Pemegang Lesen, Kontraktor dan Kepala Hutan.
9
Pegawai Hutan Daerah mengemukakan dokumen lesen kepada Pengarah Perhutanan Negeri.
10
Pengarah Perhutanan Negeri menerima dan menyemak dokumen lesen.
11
Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar serta menandatangani lesen.

 

Proses Kerja Pengeluaran Lesen Kecil Mengeluarkan Hasil Hutan Utama Yang Tidak Melebihi 70 Meterpadu Atau Hasil Kecil Hutan (Lesen Borang 3, Akta Perhutanan Negara 1984)


Langkah
Proses Kerja
1

Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah :-

(a)Deposit Lesen

(b)Premium

(c)Lain-lain bayaran (berbeza diantara negeri)

2

Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen Borang 3 mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

3
Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan kawasan lesen dan menyedia Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan.
4
Renjer Hutan mengemukakan sijil.
5
Pegawai Hutan Daerah menyemak sijil.
6
Jika pembetulan perlu dibuat, pembetulan dibuat.
7
Jika tidak perlu pembetulan, Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen lessen.
8
Lesen ditandatangani oleh Pegawai Hutan Daerah dan Pemegang Lesen.
9
Pegawai Hutan Daerah mengemukakan dokumen lesen kepada Pengarah Perhutanan Negeri
10
Pengarah Perhutanan Negeri menerima dan menyemak dokumen lesen.
11
Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar dan menandatangani lesen.
12
Pengarah Perhutanan Negeri mengedar salinan-salinan lesen kepada Pegawai Hutan Daerah untuk diedarkan kepada Pemegang Lesen dan pihak-pihak yang berkenaan.
Kali terakhir dikemaskini Khamis, 25 Mac 2010 18:49