Tumbuhan Ubatan

Biodiversiti

Hutan Lipur & Taman Negeri

Awam

Warga Perhutanan

W3C
Untitled Document
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5

Agensi NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

frim baru Institut Tanah dan Ukur Malaysia Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Jabatan Mineral dan geosains Malaysia Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Jabatan Biokeselamatan

Pautan Lain

mangrove mygov eKL
integriti MSC img_rel_tm
irimlogo01 spr_icon MAMPU
tmf

Bilangan Pelawat

571551
Hari iniHari ini1142
SemalamSemalam1015
Minggu IniMinggu Ini1142
Bulan iniBulan ini27157
KeseluruhanKeseluruhan571551
Sejak Julai 2010
Proses Kerja Bagi Kelulusan (pengeluaran hasil) PDF Print E-mail

Proses Kerja Bagi Mendapat Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Proses Tender


Langkah
Proses Kerja
1a & 1b
Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan pelan serta dokumen tender.
2

Tender dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri setelah sempadan kawasan untuk ditender siap disediakan dilapangan. Pihak-pihak yang mengambil bahagian dalam tender hendaklah :-

(a)Terdiri dari mereka-meraka yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri dan memenuhi kelayakan sebagai penender seperti yang ditetapkan dalam dokumen tender.

(b)Dikehendakki menjelas bayaran deposit tender.

(c)Mendapatkan borang tender dari Jabatan Perhutanan Negeri

(d)Melawat kawasan yang ditender untuk membolehkan menetap harga tender yang berpatutan.

3
Tender ditutup.
4
Tender –tender dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Penilaian Tender Negeri untuk mendapat keputusan.

 

Proses Kerja Bagi Mendapat Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Pemberian Konsesi

 

Langkah
Proses Kerja
1 Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan pelan konsesi
2
Pengarah Perhutanan Negeri mengemukakan kertaskerja kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri atas cadangan untuk menandatangani perjanjian konsesi dengan pihak yang tertentu.
3
Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri memberi kelulusan.
4
Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan dokumen perjanjian bersekali dengan pelan kawasan konsesi serta cadangan kup tahunan bagi pembukaan kawasan untuk diusahasilkan.
5
Dokumen perjanjian dikemukakan untuk semakan Penasihat Undang-Undang Negeri.
6
Pengarah Perhutanan Negeri membuat pindaan atas cadangan Penasihat Undang-Undang Negeri jika perlu.
7
Dokumen Perjanjian Konsesi ditandatangani diantara pihak Kerajaan Negeri dengan pemegang konsesi.
8
Pengarah Perhutanan Negeri mengeluarkan surat kelulusan kepada pemegang konsesi atas permohonan mengikut kup tahunan yang telah ditetapkan.

 

Proses Kerja Bagi Mendapat Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Permohonanberian Konsesi

 

Langkah
Proses Kerja
1
Pegawai Hutan Daerah menerima permohonan dari orang persaorangan atau syarikat untuk mendapat kawasan untuk diusahasil bersama dengan pelan kawasan.
2

Permohonan juga boleh diterima oleh Pengarah Perhutanan Negeri

3
Pengarah Perhutanan Negeri meminta laporan mengenai kawasan yang dipohon dari Pegawai Hutan Daerah.
4
Pegawai Hutan Daerah meminta Renjer Hutan berkenaan melawat serta memberi laporan mengenai kawasan yang dipohon sama ada yang diterima secara terus ataupun yang diterima melalui Pengarah Perhutanan Negeri.
5
Pegawai Hutan Daerah menyediakan laporan serta menerima laporan serta pandangan dari Renjer Hutan.
6
Pengarah Perhutanan Negeri menerima laporan dari Pegawai Hutan Daerah.
7
Pengarah Perhutanan Negeri membawa permohonan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.
8
Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri membuat keputusan.
9
Pengarah Perhutanan Negeri mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon yang berjaya dan minta jelaskan bayaran-bayaran yang diperlukan. Pengarah Perhutanan Negeri juga memberi jawapan kepada mereka-mereka yang tidak berjaya.
Kali terakhir dikemaskini Khamis, 25 Mac 2010 18:08