Tumbuhan Ubatan

Biodiversiti

Hutan Lipur & Taman Negeri

Awam

Warga Perhutanan

W3C
Untitled Document
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5

Agensi NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

frim baru Institut Tanah dan Ukur Malaysia Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Jabatan Mineral dan geosains Malaysia Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Jabatan Biokeselamatan

Pautan Lain

mangrove mygov eKL
integriti MSC img_rel_tm
irimlogo01 spr_icon MAMPU
tmf

Bilangan Pelawat

571512
Hari iniHari ini1103
SemalamSemalam1015
Minggu IniMinggu Ini1103
Bulan iniBulan ini27118
KeseluruhanKeseluruhan571512
Sejak Julai 2010
International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010) PDF Print E-mail

Pada tahun ini bersempena dengan ulang tahun ke-25 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), satu Innugural International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010) akan diadakan. Tujuan utama penganjuran ISFFP 2010 ini adalah untuk membincang dan menyebarkan penemuan terkini penyelidikan & pembangunan (R&D) bagi menghadapi cabaran keperluan dalam sektor perhutanan dan industri hasil hutan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai simposium ini.


Simposium kali ini bertemakan “Addressing global concerns and changing societal needs”. Pemilihan tema ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia dalam usahanya memperjuangkan isu perubahan iklim dan kenyataan YAB Perdana Menteri semasa COP 15 di bawah United Nations Framework on Convention on Climate Change (UNFCC) yang secara sukarela mengurangkan penghasilan karbon sebanyak 40% daripada kepadatan karbon berdasarkan kepada Gross Domestic Product sebelum tahun 2020 berbanding tahun 2005.


Simposium ini akan membincangkan berhubung isu-isu berikut ;


- Perubahan iklim,
- Biodiversiti,
- Ekologi hutan,
- Perladangan hutan,
- Penggunaan bioteknologi dalam perhutanan,
- Teknologi hijau,
- Eko-pelancongan,
- Sosio-ekonomi,
- Produk ubatan dari bahan tumbuhan,
- Penambahbaikan pemerosesan,
- Penghasilan produk kayu dan bahan bukan kayu.


Sejajar dengan itu, matlamat ISFFP 2010 agar dapat membawa dan mengumpul stakeholders bagi membincangkan isu-isu tersebut dengan harapan untuk mencapai keseimbangan dalam menangani isu-isu global dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan sosial untuk pembangunan secara berkekalan.


Kepada sesiapa yang berminat untuk membentangkan kertas kerja atau poster, diminta menghantar abstrak kertas kerja atau poster tersebut kepada sekretariat di CLOAKING Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya sebelum 1 Jun 2010.

Sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan atau terdapat sebarang pertanyaan berkenaan ISFFP 2010, bolehlah menghubungi kami di :


Sekretariat

International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor
Malaysia

(U.P : En. Mahmudin Saleh)

Tel: +603-62797280, 62797316
Faks: +603-62804620

E-mail:  CLOAKING Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

Laman web rasmi : http://www.frim.gov.my/isffp2010/index.html


Akhir sekali, diminta tuan/puan untuk memanjangkan mesej ini kepada kenalan tuan/puan yang berminat untuk menyertai ISFFP 2010.

Terima kasih.

Kali terakhir dikemaskini Rabu, 19 Mei 2010 16:10