|
W.Persekutuan |
|
Bukit Nanas |
|
Hutan Lipur Bukit Nanas
merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang
masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini
dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan
Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Keunikan hutan lipur ini
ialah kedudukannya yang strategik ditengah-tengah Kuala Lumpur dan
dikelilingi oleh Hutan Batu (bangunan) yang menjadikannya penting dalam
memainkan peranan sebagai ‘GREEN LUNG’ di Kuala Lumpur, Taman Hutan dan
Hutan Pendidikan dan Penyelidikan.
Pengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai
jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti
burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar. Terdapat
3 denai interpretasi (Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai
Merbau-Jelutong). Selain daripada itu terdapat beberapa kemudahan
seperti padang permainan, pondok dan bangku rehat, kawasan perkhemahan
serta berjogging. Satu Pusat Maklumat yang lengkap dengan bahan pameran
dan infokiosk mengenai perhutanan disediakan.
|
Lokasi:
W.Persekutuan, K.Lumpur
Pejabat Hutan Wilayah
Persekutuan
Lot 240,Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan
50250 K. Lumpur. Tel. 03 20706342
Terletak di Lot
240, Jalan Raja Chulan melalui Jalanraya Raja Chulan ke Jalanraya Sultan
Ismail.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas
atau teksi dari Bandaraya Kuala Lumpur.

|

|