|
|
Hutan Lipur Tanjung Gadung
terletak di Hutan Simpan Bukit Bauk, Daerah Dungun. Hutan lipur ini
mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit Pantai yang kaya dengan spesies
Meranti dan Balau pasir. Beberapa kemudahan seperti wakaf, pondok rehat
dan bangku rehat serta beberapa kemudahan asas disediakan di Hutan Lipur
ini.
Hutan Lipur ini terletak di persisiran pantai Laut China
Selatan sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan
trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan
liar. Selain itu, pengunjung yang datang ke sini juga boleh menggunakan
kemudahan jeti memancing yang turut disediakan. Untuk sampai ke hutan
lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau
pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Dungun.
-
|
Lokasi:
Dungun, Terengganu
Pegawai
Hutan Lipur
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun,Terengganu.
Tel. : 09-8441404
Terletak 11 km dari Bandar Dungun melalui Jalanraya Dungun-Kuala
Terengganu, 70 km dari Kuala Terengganu.

|

|