|
|
Hutan Lipur Sekayu
terletak di Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambahan yang mempunyai jenis
Hutan Dipterokarp seperti Meranti, dan Damar hitam, Keruing dan juga
lain-lain bukan Dipterokarp. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah
air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan dan ianya merupakan
tarikan utama kepada pengunjung ke sini. Air sungainya yang jernih,
dingin dan menyegarkan dikelilingi pula oleh keindahan alam semulajadi,
sangat sesuai untuk tujuan beristirahat dan berekreasi.
Hutan Lipur Sekayu sememangnya terkenal dengan buminya
yang kaya dengan pelbagai khazanah semulajadi seperti spesies flora dan
fauna yang masih terpelihara. Pelbagai spesies pokok termasuk yang
mempunyai khasiat perubatan yang tinggi ada terdapat di sini dan mudah
dikenali pada pokok yang telah ditandai. Di hutan lipur ini juga
terdapat kawasan perkelahan yang luas yang terletak di sepanjang sungai
sesuai untuk keluarga berkelah.

-
|
Lokasi:
Kuala Berang, Terengganu
Pegawai
Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404
Terletak
16 km dari Pekan Kuala Berang melalui Jalanraya Kuala Berang-Sekayu, 56
km dari Bandar Kuala Terengganu.
Hutan lipur ini menyediakan kawasan
perkhemahan yang lengkapdengan tempat memasak, kawasan unggun api,
bekalan air dan elektrik. Satu denai hutan disediakan untuk melihat
kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar disini.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas
atau teksi dari Bandar Dungun.

|

|