Terengganu

Air Menderu

Besul

Bukit Kesing

Bumbung Raja

Lata Belatan

Lata Payung

Lata Tembakah

Rantau Abang

Rasau Kerteh

Sekayu

Seri Amar

Sungai Cemerung

Tanjung Gadung

 


 

Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Hutan lipur ini mempunyai pelbagai flora dan fauna. Spesies pokok-pokok yang utama yang terdapat di sini ialah Meranti dan Keruing. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya air terjun bertingkat-tingkat setinggi 50 m. Di samping air terjun terdapat beberapa buah jeram dan kolam-kolam kecil sesuai untuk bermandi-manda.

Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki .


Lokasi:
Setiu, Terengganu

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara,
Tkt. 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu.
Tel. : 09-6221746


Terletak 25 km dari Pekan Seri Langkap melalui Jalanraya Pekan Seri Langkap-Lata Payung, 65 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Jertih .