|
|
Hutan Lipur Lata Belatan
terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Daerah Besut yang mempunyai jenis
Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu.
Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum
ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar,
satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk
memulakan pendakian dari sini.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkhemah,
bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang
disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta
dilengkapi dengan kemudahan elektrik.


|
Lokasi:
Jertih, Terengganu
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404
Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala
Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri
atau Pekan Jertih.

|

|