|
|
Hutan Lipur Sungai Cemerung
terletak dalam Hutan Simpan Pasir Raja, Daerah Dungun yang mempunyai
jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Pelbagai flora dan fauna terdapat di sini
dan hutan lipur ini kaya dengan spesies meranti dan keruing. Keunikan
hutan lipur ini ialah terdapatnya air terjun setinggi 305 m yang
merupakan yang tertinggi sekali di negara ini.
Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara pandang dan
beberapa kemudahan rekreasi serta kedai cenderahati terdapat di kawasan
hutan lipur ini. Selain daripada berehat pengunjung boleh melakukan
aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking.
 
-
|
Lokasi:
Hulu Dungun, Terengganu
Pegawai
Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan
, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404
Terletak 30 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah, 100 km dari Kuala
Terengganu..
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Al-Muktafibillah
Shah.

|

|