Terengganu

Air Menderu

Besul

Bukit Kesing

Bumbung Raja

Lata Belatan

Lata Payung

Lata Tembakah

Rantau Abang

Rasau Kerteh

Sekayu

Seri Amar

Sungai Cemerung

Tanjung Gadung

 


 

Hutan Lipur Bukit Kesing terletak dalam Hutan Simpan Bukit Kesing yang mempunyai jenis Hutan Pamah. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang menarik dan sesuai untuk mandi-manda. Kawasan hutan lipur ini terdapat pelbagai unggas dan serangga yang masih tidak terganggu habitatnya. Beberapa kemudahan di sediakan untuk kegunaan pengunjung seperti pondok rehat, lorong pejalan kaki dan tapak perkhemahan.

Beberapa aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.


Lokasi:
Kerteh, Terengganu

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara,
Tkt. 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu.
Tel. : 09-6221746

Terletak 15 km dari Kuala Berang melalui Jalanraya Kuala Berang-Kuala Terengganu, 55 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Berang.