|
|
Hutan Lipur Besul
terletak dalam Hutan Simpan Besul, Daerah Dungun, yang mempunyai jenis
Hutan Dipterokarp Bukit. Kawasan hutan lipur ini terdapat pelbagai
spesies pokok terutamanya dari spesies Meranti dan Keruing. Hutan Lipur
Besul ini mempunyai hutan semulajadi yang unik dan terletak di pinggir
bandar. Beberapa kemudahan telah disediakan termasuklah pondok rehat dan
denai hutan.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah,
berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan
melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.

|
Lokasi:
Dungun, Terengganu
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun,Terengganu.
Tel. : 09-8441404
Terletak 10 km dari Bandar Dungun, 105 km dari Kuala Terengganu. Boleh
di hubungi melalui jalan raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Dungun.

|

|