Selangor

Gunung Nuang

Kanching

Sungai Congkak

Sungai Tekala

Sungai Tua

Taman Rimba Komanwel

Taman Rimba Templer

 


 

Taman Rimba Templer terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini menyediakan beberapa kemudahan untuk keselesaan pengunjung melakukan aktiviti di sini.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti kemudahan untuk mandi, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar sambil melihat keindahan landskap, flora dan fauna yang terdapat di kawasan ini.


Lokasi:
Rawang, Selangor

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor,
48000 Rawang, Selangor.
Tel. : 03-60916131

Terletak 10 km dari Rawang melalui Jalanraya Rawang ke Kuala Lumpur, 21 km dari Kuala Lumpur.

Pengunjung-pengunjung yang datang ke sini juga boleh menggunakan kemudahan kolam renang, denai hutan, tapak perkemahan, pondok rehat yang disediakan.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Rawang atau Kuala Lumpur.