|
|
Taman Rimba Komanwel
terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah.
Satu keistimewaan di taman ini ialah pengunjung berpeluang menaiki
titian silara yang memberikan pengalaman melihat silara pokok-pokok yang
terdapat di sekitar kawasan taman. Disamping itu pengunjung juga akan
dapat melihat pemandangan panorama sebahagian besar kawasan Taman Rimba
Komanwel melalui titian silara ini serta melihat hidupan liar yang
terdapat di sini.
Kemudahan yang disediakan adalah chalet serta beberapa
kemudahan lain untuk berkelah, berkhemah, trekking dan bersiar-siar.
Kemudahan di sini sesuai digunakan bagi aktiviti berkumpulan oleh murid
sekolah, dari agensi kerajaan dan swasta untuk menjalankan aktiviti
rekreasi.
  
|
Lokasi:
Rawang, Selangor
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor,
48000 Rawang, Selangor.
Tel. : 03-60916131
Terletak 6 km dari
Pekan Rawang melalui Jalanraya Pekan Rawang ke Kuala Lumpur, 23 km dari
Kuala Lumpur.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau
teksi dari Pekan Rawang atau Kuala Lumpur.

|

|