|
|
Hutan Lipur
Sungai Tua
terletak dalam Hutan Simpan Hulu Gombak yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah. Lokasinya adalah di Ulu Yam. Keistimewaan hutan lipur
ialah terdapat sungainya iaitu Sungai Tua, mempunyai batu-batan yang
unik. Selain daripada itu terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan
Dipterokarp Pamah yang tumbuh secara semulajadi.
Kemudahan yang disediakan adalah kemudahan untuk mandi,
berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh
bersiar-siar melalui persiaran kaki untuk menikmati keindahan alam
semulajadi.

|
Lokasi:
Selayang, Selangor
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor,
48000 Rawang, Selangor.
Tel. : 03-60916131
Terletak 10 km dari
Bandar Selayang melalui Jalanraya Gombak keUlu Yam,23 km dari Kuala
Lumpur
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Selayang atau
Gombak.

|

|