|
|
Hutan Lipur
Sungai Tekala
terletak di Hutan Simpan Sungai Lalang yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini menyediakan beberapa kemudahan asas
untuk pengunjung berehat, mandi-manda, berkelah dan berkhemah. Di sini
juga pengunjung boleh jogging, trekking melalui denai interpretasi
melihat kepelbagaian spesies burung yang terdapat di sini.
Kawasan hutan lipur ini merupakan tempat untuk
aktiviti-aktiviti pendidikan bagi pelajar peringkat menengah dan tinggi.
Selain daripada itu hutan lipur ini adalah juga Pusat Demonstrasi
Pengurusan Hutan. Terdapat juga petak-petak herba yang terdiri dari
jenis Tongkat Ali, Tongkat Ali Hitam, Tapak Sulaiman, Kacip Fatimah, Ubi
Larut, Tujuh Jarum, Haji Samat dan lain-lain jenis herba.
 
|
Lokasi:
Kajang, Selangor
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah,
Batu 7, Jln. Cheras, 43200 Cheras, Selangor.
Tel. : 03-90752885
Terletak 13 km dari
Pekan Semenyih melalui Jalanraya Semenyih ke Hulu Langat, 43 km dari
Kuala Lumpur.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau
teksi dari Pekan Semenyih.
 
|

|