Selangor

Gunung Nuang

Kanching

Sungai Congkak

Sungai Tekala

Sungai Tua

Taman Rimba Komanwel

Taman Rimba Templer

 


 

Hutan Lipur Sungai Congkak terletak di Hutan Simpan Hulu Langat yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini mempunyai sungai yang cantik dan air jernih mengalir dalam kawasan hutan lipur ini. Disepanjang sungai ini terdapat air terjun dan kolam mandi.

Antara kemudahan asas yang terdapat di sini ialah tapak perkhemahan, tapak perkelahan, chalet, padang permainan, astaka dan pondok rehat, medan selera, pentas dan dewan terbuka, tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya.

Lokasi: Ulu Langat, Selangor

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah,
Batu 7, Jln. Cheras, 43200 Cheras, Selangor.
Tel. : 03-90752885

Terletak 13 km dari Pekan Cheras melalui Jalanraya Hulu Langat Ke Pangson, 30 km dari Kuala Lumpur.

Pengunjung juga boleh mendaki bahagian tertinggi di hutan lipur tersebut iaitu Bukit Chenuang setinggi lebih kurang 850 meter dari aras muka laut.