|
|
Hutan Lipur Kanching
terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp
Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini juga terletak lebih kurang 2 km dari
Templer Park. Keunikan kawasan ini ialah ianya mempunyai 7 strata air
terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun terdapat kolam yang
cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda. Pengunjung-pengunjung boleh
juga berkhemah dan menyusur denai hutan sambil menikmati suasana yang
hijau di sekeliling air terjun.
Kemudahan awam yang disediakan adalah seperti tempat letak kereta, tandas
awam dan tempat mandi. Di samping itu tempat ini sesuai untuk
aktiviti berkelah atau aktiviti berkumpulan. Plot demostrasi disediakan untuk tujuan pembelajaran.


|
Lokasi:
Rawang, Selangor
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor,
48000 Rawang, Selangor.
Tel. : 03-60916131
Terletak 7 km dari
Pekan Rawang,melalui jalanraya Rawang ke Kuala Lumpur, 23 km dari Kuala
Lumpur.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau
teksi dari Pekan Rawang atau Kuala Lumpur.

|

|