|
|
Hutan Lipur Ulu Kinta
terletak dalam Hutan Simpan Bukit Kinta yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Bukit. Kawasan hutan lipur ini merupakan tempat berkumpul
bagi pendaki-pendaki yang hendak mendaki Gunung Korbu (ketinggian
3,183meter a.s.l.), gunung yang kedua tertinggi selepas Gunung Tahan-
suatu pengalaman pendakian yang penuh dengan cabaran. Kawasan ini sesuai
untuk berehat, bersiar-siar dan berkelah dihujung minggu dan pada
hari-hari kelepasan.
Sebuah perkampungan orang asli terletak
bersebelahan hutan lipur ini. Pengunjung-pengunjung boleh meninjau dan
mempelajari dengan lebih dekat budaya dan tradisi kehidupan masyarakat
orang asli. Kemudahan yang disediakan diantaranya ialah pusat penerangan,
pondok rehat, gerai makanan dan lan-lain lagi. Untuk sampai ke hutan
lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari
Bandar Ipoh.

|
Lokasi:
Bandaraya Ipoh, Perak
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung,
31000 Batu Gajah, Perak.
Tel. : 05-3661228
Terletak 12 km dari
Bandaraya Ipoh melalui Jalanraya Ipoh ke Tanjung Rambutan.

|

|