|
|
Hutan Lipur Ulu Kenas
terletak dalam Hutan Simpan Bubu yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp
Bukit. Ianya sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai
destinasi berehat dan berkelah dihujung minggu. Sebatang sungai yang
sederhana besar (Sungai Kenas) mengalir di kawasan ini. Air sungai yang
bersih dengan jeram-jeram kecil dan kolam-kolam semulajadi sangat sesuai
untuk mandi-manda.
Terdapat banyak pokok-pokok keruing neram (Dipterocarpus
oblongifolia) yang tumbuh di dua-dua belah tebing sungai telah
mengwujudkan satu panorama sungai yang sangat indah dan menarik.
Sebuah jambatan gantung telah dibina merentangi sungai ini untuk
kemudahan pengunjung. Berbagai kemudahan telah disediakan seperti pondok
rehat, chalet, tapak perkhemahan, dewan terbuka, gerai makanan dan
lain-lain lagi.
 
|
Lokasi:
Kuala Kangsar, Perak
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar,
33000 K.Kangsar, Perak.
Tel. : 05-7761089
Terletak 15 km dari
Bandar Kuala Kangsar melalui Jalanraya Kuala Kangsar ke Manong, 45 km
dari Bandaraya Ipoh.
Bagi yang inginkan lebih cabaran
pengunjung-pengunjung boleh mendaki Gunung Bubu (ketinggian 1,657 meter
a.s.l.). Di sepanjang pendakian anda tentu tertarik dengan kepelbagaian
flora dan fauna yang terdapat dihutan ini.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kuala Kangsar.
|

|