Perak

Kaki Bukit Larut

Kuala Sepetang

Kuala Woh

Lata Iskandar

Lata Kekabu

Papan

Pasir Panjang

Pulau Pangkor

Pulau Tali Kail

Sungai Nyior

Sungai Salu

Ulu Kenas

Ulu Kinta

 


 

Hutan Lipur Pulau Tali Kail ini sangat unik kerana ianya adalah pulau yang terjadi selepas terbinanya Empangan Temenggor. Hutan lipur ini mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Ianya merupakan sebahagian dari Hutan Simpan Belum yang kaya dengan elemen semulajadi yang belum diterokai manusia. Keindahan kawasan tasek dan panorama hutan asli yang tanpa pencemaran merupakan satu nikmat pemandangan dan pengalaman yang begitu mengasyikkan dan sukar dilupakan terutama bagi pencinta-pencinta alam.

Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan disini ialah merentas hutan asli, bersiar-siar di kawasan tasik dengan menaiki bot, memancing ikan air tawar, berehat dan lain-lain lagi.



Lokasi:
Grik, Perak

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Ulu Perak,
33300 Grik, Perak.
Tel. : 05-7912384

Terletak 14 km dari Pekan Grik melalui Jeti Ampangan Temenggor, 120 km dari Bandaraya Ipoh.

Di antara kemudahan yang telah disediakan ialah tapak perkhemahan dengan kemudahan bilik mandi, tempat makan, dapur memasak, chalet, surau dan dewan serbaguna.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan bot sendiri atau bot penduduk tempatan dari Jeti Ampangan Temenggor.