|
|
Hutan Lipur Sungai Salu
terletak dalam Hutan Simpan Bujang Melaka dan mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Bukit. Tarikan utama dikawasan ini ialah keindahan kawasan
hutan asli, sungai dan air terjun bertingkat. Air sungai yang sejuk
dengan jeram-jeram kecil mengalir dicelah batu-batan sesuai untuk mandi
dan berendam sungguh menyegarkan. Kawasan ini dimajukan sebagai tempat
perkelahan dan berehat terutamanya kepada penduduk-penduduk tempatan.
Lorong kaki disediakan untuk kemudahan pengunjung
menikmati keindahan hutan serta merasai kesegaran udaranya. Diantara
kemudahan asas lain yang disediakan ialah lorong kaki, pondok rehat,
tandas awam dan gerai makan.
  
|
Lokasi:
Gopeng, Perak
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung,
31000 Batu Gajah. Perak.
Tel. : 05-3661228
Terletak 30 km dari
Bandar Taiping melalui Jalanraya Taiping ke Beruas.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas
atau teksi dari Pekan Gopeng atau Pekan Kampar ataupun Bandar Ipoh.
 
|

|