|
|
Hutan Lipur Sungai Nyior
terletak dalam Hutan Simpan Bubu yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp
yang kaya dengan berbagai jenis flora dan fauna. Dengan melalui denai
hutan yang disediakan memudahkan pengunjung untuk mengenali beberapa
jenis tumbuh-tumbuhan yang ada disini. Sebatang sungai yang sederhana
besar dengan jeram-jeram kecil serta batu- batan yang menarik mengalir
dikawasan ini sesuai dan selamat untuk berkelah dan mandi-manda.
Beberapa kemudahan asas pondok rehat, bangku rehat,
tandas awam, tapak khemah dan dewan terbuka. Untuk sampai ke hutan lipur
ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari
Bandar Taiping.
  
|
Lokasi:
Larut Matang, Perak
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak
Tel. : 05-8072762
Terletak 30 km dari
Bandar Taiping melalui Jalanraya Taiping ke Beruas.

|

|