|
|
Hutan Lipur Pasir Panjang
terletak di persisiran pantai Selat Melaka, di dalam Hutan Simpan Segari
Melintang dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit Pamah. Keunikan
kawasan ini ialah gabungan antara hutan, pantai dan laut. Hutan aslinya
terdiri dari Hutan Bukit Pantai dengan spesies pokok yang berlainan dari
spesis hutan darat yang lain dimana pokok-pokoknya tumbuh dengan subur
di kawasan bukit dan pantai yang berpasir.
Kawasan ini sesuai untuk dikunjungi
sebagai kawasan perkelahan, berehat, berkhemah dan memancing. Beberapa
kemudahan disediakan untuk pengunjung yang datang kesini di antaranya
ialah pondok rehat dan tandas awam.
 
|
Lokasi:
Kinta, Perak
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, Batu Gajah,
31000 Batu Gajah.Perak.
Tel. : 05-3661228
Terletak 7 km dari
Pekan Segari dalam Daerah Manjong melalui Jalanraya Lumut ke Pantai
Remis.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Lumut.

|

|