|
|
Hutan Lipur Papan
terletak dalam Hutan Simpan Kledang Saiong yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Bukit. Hutan lipur ini diberi namanya dari nama pekan Papan
sebuah pekan kecil berhampiran dengan kawasan ini. Kawasan hutan lipur
ini mempunyai keunikan yang tersendiri, agak terpencil dan berlatar
belakangkan hutan asli yang tebal.
Sebatang sungai mengalir di kawasan
ini dengan air yang sederhana mengalir di atas batu-batan, sesuai untuk
berkelah dan mandi-manda. Denai hutan disediakan untuk kemudahan
pengunjung terutama pelajar-pelajar mempelajari tumbuh-tumbuhan di
kawasan ini. Terdapat juga sebuah tapak semaian di kawasan ini yang
dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Kawasan ini digemari oleh banyak agensi
untuk melaksanakan berbagai bentuk aktiviti perkhemahan. Di antara
kemudahan yang telah disediakan ialah dewan serbaguna, tapak perkhemahan,
tandas dan bilik mandi, surau dan pondok rehat dan lain-lain lagi.

|
Lokasi:
Batu Gajah, Perak
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, Batu Gajah,
31000 Batu Gajah.Perak.
Tel. : 05-3661228
Terletak 5 km dari
Bandar
Batu Gajah melalui Jalanraya Ipoh ke Batu Gajah, 24 km dari Bandaraya
Ipoh.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Batu Gajah
atau Bandar Ipoh.

|

|