Perak

Kaki Bukit Larut

Kuala Sepetang

Kuala Woh

Lata Iskandar

Lata Kekabu

Papan

Pasir Panjang

Pulau Pangkor

Pulau Tali Kail

Sungai Nyior

Sungai Salu

Ulu Kenas

Ulu Kinta

 


 

Hutan Lipur Pulau Pangkor terletak dalam Hutan Simpan Sungai Pinang yang mempunyai jensi Hutan Dipterokarp Bukit Pamah dan Bukit Pantai. Ia adalah berhampiran dengan pantai Pasir Bogak. Pulau Pangkor memang terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana keindahan pantainya. Kawasan hutan lipur ini menyediakan suatu aktiviti rekreasi yang berlainan dimana pengunjung berpeluang untuk meneroka ke dalam hutan untuk menikmati keindahan hutan asli disini yang mempunyai berbagai jenis tumbuhan-tumbuhan termasuk jenis palma.

Melalui denai hutan pengunjung boleh kepuncak Bukit Pangkor pada ketinggian 371 meter aras paras laut, merupakan bukit yang tertinggi sekali di Pulau Pangkor. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung yang datang kesini diantaranya ialah pusat penerangan, jambatan gantung, denai hutan dan pondok rehat.


Lokasi:
Pulau Pangkor, Perak

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung,
31000 Batu Gajah, Perak.
Tel. : 05-3661228

Terletak 5 km dari Pekan Pangkor melalui feri dari Jeti Pekan Lumut, 90 km dari Bandaraya Ipoh.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor dan teksi dari Pekan Pulau Pangkor.