Perak

Kaki Bukit Larut

Kuala Sepetang

Kuala Woh

Lata Iskandar

Lata Kekabu

Papan

Pasir Panjang

Pulau Pangkor

Pulau Tali Kail

Sungai Nyior

Sungai Salu

Ulu Kenas

Ulu Kinta

 


 

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Kawasan hutan aslinya yang cantik dengan udara yang nyaman kaya dengan berbagai pokok seperti meranti, kempas, jelutong, keruing dan lain-lain lagi. Pengunjung dapat mengenali pokok-pokok ini melalui label yang sediakan hanya dengan melalui lorong kaki yang dibina disepanjang kawasan perkelahan.

Terdapat air terjun yang cantik lebih kurang 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir dikawasan ini. Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar , berehat dan berkelah dihujung minggu. Kemudahan tapak khemah, dewan serbaguna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama disini atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah.


Lokasi:
Lenggong, Perak

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Ulu Perak,
33300 Grik,Perak.
Tel. : 05-7912384

Terletak 15 km dari Pekan Tapah melalui Jalanraya Tapah ke Cameron Highlands, 85 km dari Bandaraya Ipoh.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kuala Kangsar.