|
|
Hutan Lipur Lata Iskandar
adalah terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tapah yang mempunyai jenis
Hutan Dipterokarp Bukit. Lata Iskandar berada pada aras 400 meter aras
paras laut. Kawasan hutan lipur ini merupakan tempat persingahan bagi
pelancong yang hendak ke Cameron Highlands. Keunikan kawasan ini ialah
air terjun Sungai Semai yang mengalir dengan sejuknya.
Air terjun yang menarik dalam kawasan hutan yang
terpelihara dengan udara yang sejuk dan segar merupakan tarikan istimewa
kepada pelancong untuk singgah disini. Diantara kemudahan yang terdapat
disini ialah bangku rehat, pondok rehat, gerai makanan dan berbagai
jenis cenderamata tempatan dan lain-lain.

|
Lokasi:
Tapah, Perak
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah,Perak.
Tel. : 05-4011216
Terletak 15 km dari
Pekan Tapah melalui Jalanraya Tapah ke Cameron Highlands, 85 km dari
Bandaraya Ipoh.
Hutan Lipur ini juga merupakan kawasan
sumber ilmu pengecaman pokok-pokok dan tumbuhan serta haiwan. Antara
fauna yang terdapat adalah jenis serangga dan rama-rama.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas
atau teksi Pekan Tapah.

|

|