Perak

Kaki Bukit Larut

Kuala Sepetang

Kuala Woh

Lata Iskandar

Lata Kekabu

Papan

Pasir Panjang

Pulau Pangkor

Pulau Tali Kail

Sungai Nyior

Sungai Salu

Ulu Kenas

Ulu Kinta

 


 

Hutan Lipur Kuala Woh  terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tapah yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang merupakan hutan asli kaya dengan pelbagai spesies pokok seperti jenis-jenis meranti, nyatoh, keruing, merbau dan juga dari jenis palma seperti bayas, langkap, kabong, pinang dan bertam. Hutan lipur ini merupakan yang terawal majukan oleh Jabatan Perhutanan. Tarikan utama kawasan ini ialah sungainya yang cetek, tebing yang landai dengan air yang mengalir sepanjang tahun, sesuai untuk perkelahan berbagai peringkat usia. Terdapat juga sumber air panas dibeberapa bahagian sungai yang keluar dari rekahan batu-batan didasar sungai. Kawasan perkhemahan yang luas dengan kemudahan asas yang baik telah menarik banyak agensi, badan-badan kerajaan, sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk berjalankan berbagai aktiviti motivasi, riadah dan pendidikan.


Lokasi:
Tapah, Perak

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah,Perak.
Tel. : 05-4011216

Terletak 13 km dari Pekan Tapah melalui jalan raya Tapah ke Cameron Highland, 72 km dari Bandaraya Ipoh.

Bersebelahan kawasan hutan lipur ini terdapat perkampongan orang asli dimana pengunjung-pengunjung boleh meninjau dan mempelajari dengan lebih dekat budaya dan tradisi kehidupan masyarakat orang asli. Kemudahan asas yang terdapat disini ialah dewan terbuka, chalet, bilik mandi, tapak khemah, tapak caravan dan beberapa kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Tapah.