Perak

Kaki Bukit Larut

Kuala Sepetang

Kuala Woh

Lata Iskandar

Lata Kekabu

Papan

Pasir Panjang

Pulau Pangkor

Pulau Tali Kail

Sungai Nyior

Sungai Salu

Ulu Kenas

Ulu Kinta

 


 

Hutan Lipur Kuala Sepetang terletak dalam Hutan Paya Laut Matang terkenal kerana pengurusan hutannya yang baik diperingkat negara dan juga antarabangsa. Pengurusan hutan yang diamalkan telah terbukti mampu untuk menjamin bekalan kayu bakau secara berkekalan untuk industri arang kayu dan juga bekalan kayu jaras untuk cerucuk. Disamping itu ianya juga berperanan penting dalam memelihara kestabilan kawasan persisiran pantai dari hakisan ombak laut.

Kawasan hutan paya laut yang kaya dengan sumber makanan juga merupakan kawasan pembiakan bagi kebanyakan jenis fauna marin seperti ikan, udang dan ketam. Ianya juga ialah tempat kediaman bagi berbagai jenis burung, kera, ular dan lain-lain jenis fauna yang mendiami hutan bakau.


Lokasi:
Larut Matang,Perak

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak.
Tel. : 05-8072762

Terletak 10 km dari Bandar Taiping, melalui Jalanraya dari Taiping ke Kuala Sepetang,84 km dari Bandaraya Ipoh.

Melalui pelantar berjalan kaki yang disediakan, pengunjung dapat meneroka dan melihat keunikan kawasan hutan ini. Selain dari itu diantara aktiviti-aktii menarik yang dapat dilihat ialah Perusahaan Arang Kayu, Kawasan Perlindungan Burung, Kawasan Proto-Sejarah, Perkampongan Nelayan dan berbagai aktiviti akuakultur yang majukan oleh penduduk tempatan.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri, bas atau teksi dari Bandar Taiping.