Perak

Kaki Bukit Larut

Kuala Sepetang

Kuala Woh

Lata Iskandar

Lata Kekabu

Papan

Pasir Panjang

Pulau Pangkor

Pulau Tali Kail

Sungai Nyior

Sungai Salu

Ulu Kenas

Ulu Kinta

 


 

Hutan Lipur Kaki Bukit Larut terletak dalam Hutan Simpan Bukit Larut, yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Hutan Lipur ini diminati oleh penduduk-penduduk tempatan sebagai tempat untuk bersiar-siar dan berjogging serta mendaki Bukit Larut (dahulunya Bukit Maxwell). Keseluruhan kawasan hutan simpanan ini diwartakan sebagai hutan perlindungan untuk tadahan air, penyelidikan dan pelajaran.

Lokasi: Larut Matang,Perak

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak.
Tel. : 05-8072762


Terletak 1km Bandar Taiping, bersebelahan dengan Taman Tasek Taiping, 74km dari Bandaraya Ipoh.

Kawasan hutan asli ini kaya dengan berbagai spesies flora termasuk paku-pakis, palma dan spesis herba serta berbagai jenis burung. Kawasan ini sangat sesuai untuk menjalankan berbagai aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Kemudahan yang disediakan ialah tapak khemah, dewan terbuka, tandas awam, pondok rehat dan denai hutan.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Taiping.