Pahang

Berkelah

Bukit Bertangga

Bukit Pelindung

Gunung Senyum

Jeram Nusa

Jerangkang

Telok Cempedak

Taman Negeri Endau Rompin

Ulu Tembeling

 


 

Hutan Lipur Telok Chempedak terletak di Hutan Simpan Beserah yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keunikan hutan lipur ini terdapatnya batu-batan yang menarik terhampar berhampiran dengan pantai serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarpa Pamah. Spesies utama di kawasan ini ialah dari spesies Balau laut merah dan Meranti. Terdapat satu spesies yang endemik di hutan lipur ini ialah spesies Damar hitam (Shorea kuantaneensis).

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah,trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar melihat hidupan liar. Selain itu, aktiviti pantai juga boleh di lakukan di kawasan ini.Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kuantan.


Lokasi:
Kuantan, Pahang

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran
JKR 337,Tingkat Atas, Jln Bank,
25000 Kuantan, Pahang.
Tel. : 09-5524236

Terletak 5 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Beserah atau Jalan Teluk Sisek.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau Bandar Kuantan.