|
|
Hutan Lipur Jeram Nusa
terletak di Hutan Simpan Tekai/Tembeling yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah yang kaya dengqn pelbagai flora dan fauna. Keunikan
hutan lipur ini ialah sungai yang mengalir melalui batu-batan dan airnya
yang sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.
Pengunjung boleh menjalankan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah,
berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar,
mendaki gunung, melihat hidupan liar. Untuk sampai ke hutan lipur ini,
pengunjung akan melalui perkampongan tradisonal melayu dengan
menggunakan kenderaan sendiri atau bot melalui Jeti Kuala Tembeling.

|
Lokasi:
Kuala Tahan, Pahang
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Jerantut,
Tkt. 1, Kom. Pej. Kerajaan
27000 Jerantut, Pahang.
Tel. : 09-2663525
Terletak 25 km dari
Bandar Jerantut. Boleh di hubungi jalan raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau
Bandar Kuantan. 
|

|