|
|
Hutan Lipur Gunung Senyum
terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan
Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang
penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan
lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman
Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan
terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua
iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat
dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk
pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah,
merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu
terdapat dua asrama untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.

|
Lokasi:
Kuala Krau, Pahang
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755
Terletak 20km dari
Bandar Jengka, 40km dari Bandar Temerloh, juga boleh dilawati dengan
menyeberangi Sungai Pahang dari Pekan Kuala Krau dan 14km melalui
Kampong Tersusun Rumpun Makmur.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau
Bandar Kuantan.
|


 |