Pahang

Berkelah

Bukit Bertangga

Bukit Pelindung

Gunung Senyum

Jeram Nusa

Jerangkang

Telok Cempedak

Taman Negeri Endau Rompin

Ulu Tembeling

 


 

Hutan Lipur Bukit Pelindung terletak dalam Hutan Simpan Beserah yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Mempunyai persekitaran hutan yang nyaman dengan pelbagai flora dan fauna serta pemandangan Laut China Selatan di sebelah timur dan pemandangan Bandar Kuantan di sebelah barat tentunya melapangkan fikiran. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti merentas denai hutan dan jogging disamping itu pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Selain itu, pengunjung yang datang ke sini juga boleh menggunakan kemudahan denai hutan yang hanya mengambil masa 45 minit berjalan kaki yang menghubungkan Hutan Lipur Bukit Pelindung ke Pantai Teluk Chempedak.
 


Lokasi:
Kuantan, Pahang

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran
JKR 337,Tingkat Atas, Jln Bank,
25000 Kuantan, Pahang.
Tel. : 09-5524236

Terletak 5 km dari Bandar Kuantan, melalui Jalan Beserah atau Jalan Teluk Sisek.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kuantan.