|
|
Hutan Lipur Bukit Bertangga
terletak di Hutan Simpan Chini yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp
Pamah. Tarikan kawasan ini mempunyai pelbagai bentuk rupabumi; tanah
rata, cerun, bukit, batu-batu besar, batu-batu berlapis, air terjun
serta sungai yang mengalir dicelah-celah batu. Di samping keindahan
semula jadi ini, terdapat juga beranika tumbuh-tumbuhan yang terdiri
daripada Hutan Dipterokarp Pamah, pokok-pokok renek, pepanjat, palma,
paku, lumut, pandan air dan lain-lain.
Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan
20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok
rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa
aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan
berkhemah. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan
kenderaan sendiri teksi dari Pekan Maran.

|
Lokasi:
Felda, Kumai, Pahang
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755
Terletak 36 km dari Felda Kumai, 190 km dari Bandar Kuantan.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas
atau teksi dari Pekan Maran atau Bandar Kuantan.

|

|