|
|
Hutan Lipur Berkelah
terletak di Hutan Simpan Berkelah yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp
Bukit. Keunikan hutan lipur ini ialah mempunyai air terjun 7 tingkat
dengan ketinggian di antara 3 hingga 30 meter. Selain itu terdapat
aliran sungai dan kolam-kolam yang jernih. Suasana yang bersih dan segar
serta persekitaran yang nyaman sesuai untuk aktiviti berkelah dengan
keluarga.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti mandi-manda, berkelah,
berkhemah, trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh
bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

|
Lokasi:
Maran, Pahang
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran
JKR 337,Tingkat Atas, Jln Bank,
25000 Kuantan, Pahang.
Tel. : 09-5524236
Terletak 35 km dari Pekan Maran dan juga Bandar Kuantan.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas
atau teksi dari Pekan Maran atau Bandar Kuantan.

|

|