|
|
Hutan Lipur Tasik Meranti
merupakan satu tasik yang terbentuk bukan secara semula jadi tetapi
akibat daripada kegiatan perlombongan biji timah di masa lampau. Tasik
Meranti mempunyai saluran masuk dan saluran keluar. Keunikan tasik ini
adalah sebatang anak sungai bawah tanah mengalir masuk ke tasik daripada
kawasan pergunungan yang merupakan punca air utama Tasik Meranti.
Lebihan air dari tasik pula akan melepasi empangan dan mengalir turun ke
tanah rendah melalui alur yang terbentuk.
Terdapat denai hutan iaitu jalan
pelombong biji yang anak tangganya diperbuat dari susunan batu-batu yang
terdapat di sini. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti
mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung
boleh berkayak serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan
lipur ini.

|
Lokasi:
Kangar,
Perlis
Pengarah Perhutanan Negeri Perlis
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km. 2, Jln, Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis.
Tel. : 04-9765966
Hutan Lipur Tasik
Meranti adalah terletak 6 km dari Wang Kelian.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh 1 km dari tempat
letak kereta atau berjalan kaki melalui denai hutan.
  
|

|