|
|
Taman Negeri Perlis
terletak di Hutan Simpan Mata Ayer
dan Hutan Simpan Wang Mu. Ianya berada di sebelah Barat
Negeri Perlis yang mana berkedudukan di atas banjaran bukit batu kapur
yang terpanjang di Malaysia. Taman negeri ini juga merupakan salah satu
hutan separuh-luruh(semidecidous) yang sangat sedikit jumlahnya, serta
mempunyai spesies tumbuhan yang menyamai spesies tumbuhan yang terdapat
di Thailand.
Taman negeri ini merupakan khazanah
kepada kepelbagaian biologi di mana hutan batu kapurnya juga kaya dengan
flora dan fauna seperti burung-burung, mamalia dan reptilia sesuai untuk
aktiviti pembelajaran. Terdapat satu trek hutan yang mencabar daripada
kawasan perkemahan melintasi sebuah air terjun hingga ke sebuah gua
bernama Gua Wang Burma.Di sini juga pengunjung boleh mendaki gunung ke
Gunung Perlis. Beberapa kemudahan seperti chalet dan domitri disediakan.

|
Lokasi:
Kangar,
Perlis
Pengarah Perhutanan Negeri Perlis
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km. 2, Jln, Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
Tel. : 04-9765966
Taman Negeri Perlis
terletak 1 km dari Pekan Wang Kelian, 30 km dari Bandar Kangar.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau
teksi dari Bandar Kangar.
   
|

|