Perlis

Bukit Ayer

Bukit Kubu

Tasik Meranti

Taman Negeri Perlis

 


 

Hutan Lipur Bukit Kubu adalah merupakan sebuah gua batu kapur semulajadi di dalam sebuah bukit batu kapur yang berhutan. Gua ini terjadi melalui kejadian geologi semulajadi. Kawasan ini sekarang adalah Taman Gua yang sesuai untuk beriadah khusus kepada jogger dan ahli-ahli pengembara gua tahan lasak. Suasana kehijauan di persekitaran boleh menenangkan fikiran dan menyejukkan pemandangan.


Lokasi:

Kuala Perlis,
Perlis

 

 



Pengarah Perhutanan Negeri Perlis
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km. 2, Jln, Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
Tel. : 04-9765966

Hutan Lipur Bukit Kubu terletak 1 km dari Kuala Perlis, 15 km dari Bandar Kangar.

Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkhemah, trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Kuala Perlis.