|
|
Hutan Lipur Bukit Ayer
merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk
menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan
jernih yang melalui panorama hutan tropika yang kaya dengan
tumbuh-tumbuhan, serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah,
menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.
 

|
Lokasi:
Batu Pahat,
Perlis
Pengarah
Perhutanan Negeri Perlis
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km. 2, Jln, Kaki Bukit, 01000 Kangar,
Perlis Tel. : 04-9765966
Hutan
Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar.
Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet,
tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak
kereta.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan
kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari
Bandar Kangar.
|

|